jump to navigation

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009 Februari 8, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

“Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009”

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 6-8 Februari 2009, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri buat tahun ke-4 berturut-turut berjaya menganjurkan Program Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM. Seramai 153 orang pelajar Islam (64 orang lelaki dan 89 orang perempuan) yang cemerlang dan punya potensi cemerlang dari sekolah-sekolah di bahagian Miri, Daerah Subis dan Daerah Baram telah menghadiri program motivasi dan kepimpinan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Sukan Petronas ini. 

 

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H:  What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri pelajar.

 

Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009 

 

 

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

 Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

“Foto-foto Kenangan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009”

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua orang urusetia, penceramah, fasilitator dan para peserta di atas semangat, kesungguhan dan kemahuan membara yang ditunjukkan sepanjang program ini. Mudah-mudahan kita semua telah mendapat manfaat dan beroleh kekuatan untuk terus ber’amal kerana Allah serta menjadi insan cemerlang di Sekolah Kehidupan. Sehingga berjumpa lagi di puncak kejayaan. Semoga kita akan bertemu dan berbahagia bersama-sama di Akhirat sana. Amiin.

 

“Kalau Bukan Kita, Siapa?, Kalau Bukan Sekarang, Bila?”. 

 

Disediakan oleh;

Cikgu Hamidon Bin Abd Ghani

Pengurus Program,

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009,

Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan,

Unit Pendidikan Islam Dan Moral,

Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

About these ads

Komen-komen»

1. hamden - Februari 13, 2009

halo3… kem ya nang bez lar!!! tabek gilak!

2. ustaz kolej - Februari 25, 2009

salam… tahniah buat ajk task force atas kejayaan mengadakan KMIC SPM 2009… semga aktiviti sebegini berkekalan selamanya demi mendidik anak bangsa muslim….

3. Marcellus Kandu - Mei 18, 2009

Thanks a lot for this information that I can apply for my Year 6 student as their preparation for UPSR 2009.

4. Mohd Rashidi Bin Ab Rahim - Mei 25, 2009

Sala Cikgu Hamidon, saya Mohd Rashidi dari Kuala Lipis Pahang, boleh tak saya nak minta contoh Kertas Kerja Kem Motivasi tersebut. Ini emel saya: rash8653@yahoo.com. Kalau tiada apa2 halangan harap2 En Hamidon send softcopy ke emel tersebut, segala kerjasama En Hamidon saya ucapkan ribuan terima kasih.

5. aiman nizal - Mei 30, 2009

rindu lar kat kem nih…
tp sy ikut masa tahun lepas…
seronok lah jugak…dpt kwn baru..n dapat jumpa ustaz2…

6. Shikin - Julai 16, 2009

Salam… Saya Cikgu Shikin dari Raub, Pahang. Kalau tak keberatan saya nak tengok kertas kerja cikgu.. Saya nak guna untuk murid2 Tahun 6 sekolah saya. Harap cikgu tak keberatan. Kalau sudi hantar kat emel saya ye: kaklongmz@yahoo.com.

7. iiman87 - Julai 21, 2009

salam.. saya akan mengadakan program bersama pelajar stpm dan spm di salah sbuah skolah di sabah. saya merupakan pelajar universiti dan ingin memberi khidmat bakti kepada pelajar skolah. ble x kongsi beberapa modul yg bersesuaian gn program tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: