jump to navigation

Laporan Ihya’ Kemuncak Ramadhan 1430H September 12, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback
Saudara Khairul Nizam Yob menyampaikan Sumbangan AMAL sambil disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi, Puan Salbiah Hj Saufi (Pengetua SK South) dan YDP PIBG SK South

Saudara Khairul Nizam Yob menyampaikan Sumbangan AMAL sambil disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi, Puan Salbiah Hj Saufi (Pengetua SK South) dan YDP PIBG SK South

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

LAPORAN IHYA’ KEMUNCAK RAMADHAN 1430H (IKRAM ’09)
SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH, MIRI, SARAWAK

 

Pendahuluan

 

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima, bulan Lailatul Qadar yang istimewa. Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa, tetapi juga dengan membaca al-Quran.

 

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK South dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK South dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (TASK FORCE) Pengurusan Kecemerlangan, UPI PPD Miri & Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ihya’ Kemuncak Ramadhan pada 12 September bersamaan 22 Ramadhan 1430H. Majlis bermula pada 4.30 petang dengan kehadiran guru-guru Islam, ibu bapa dan murid-murid seramai lebih kurang 150 orang.

 

Perjalanan Program

 

Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan selaku perasmi program iaitu Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob pada jam 5 petang bersama rombongan TASK FORCE dan Yayasan AMAL seramai 15 orang. Mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid cilik Tahun 3 hingga 6 dan dibawa ke Dewan South Jaya.

 

Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran mereka dan seterusnya majlis dimulai dengan alunan zikir Asma ul-Husna. Pengerusi seterusnya mempersilakan peserta khatam al-quran untuk masuk ke dewan. Seramai 21 orang murid telah terpilih untuk membacakan ayat-ayat lazim dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zakee. Selepas itu, majlis bacaan Yaasin & Tahlil pun bermula dengan diketuai Ustaz Roshaidin Bin Othman. Ucapan Guru Besar menyusul selepas itu, namun ucapan-ucapan tetamu kehormat yang lain ditangguhkan selepas berbuka puasa kerana waktu berbuka sudah hampir.

 

Semua jemputan menikmati hidangan berbuka puasa dengan air dan kuih-muih beserta kurma terlebih dahulu. Selepas Maghrib, semua hadirin dan jemputan menikmati pula jamuan nasi beriani dan hidangan yang lain dengan penuh selera. Pada jam 7.40 malam, semua hadirin menunaikan solat Isyak secara berjemaah disusuli dengan solat Tarawikh dan Witir sebanyak 11 rakaat.

 

Ucapan YDP PIBG menyusul selepas itu dengan intipati ucapannya banyak kepada menyatakan rasa berterima kasih pihak PIBG atas kehadiran semua pihak yang menjayakan majlis ini terutamanya Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Miri, Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob. Beliau juga menekankan peripentingnya program ini dalam merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

 

Pengerusi majlis seterusnya mempersilakan Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob untuk menyampaikan ucapan penangguhan majlis. Beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong usaha memartabatkan Islam dengan pembacaan al-Quran dan merapatkan ukhuwwah. Beliau juga memberitahu bahawa program j-QAF telah melahirkan murid-murid yang berkemahiran membaca al-Quran dengan baik seterusnya mampu khatam pada peringkat sekolah rendah lagi. Seterusnya beliau berharap agar majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Majlis diteruskan dengan sumbangan kasih sayang kepada murid kurang berkemampuan dan anak yatim sekolah daripada Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Pihak AMAL yang diwakili En. Khairul Nizam Yob dan En. Mohd Dzaidin Mohd Subri telah bermurah hati menyumbang ‘duit raya’ sebanyak RM30 seorang kepada 23 orang murid kurang berkemampuan dan anak yatim. Semoga sumbangan duit raya ini dapat menimbulkan serba sedikit keceriaan menyambut hari lebaran kepada murid berkenaan.

 

Selepas itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada Ustaz Ahmad Fauzi selaku perasmi dan kepada wakil Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Majlis bersurai dan semua hadirin menikmati jamuan bubur lambuk yang disediakan oleh pihak penganjur.

 

Kesimpulan

 

 

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan kehadiran ibu bapa, guru, murid dan jemputan TASK FORCE dan Yayasan AMAL yang turut sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakannya. Majlis IKRAM ini merupakan satu petunjuk hubungan kemesraan dan perpaduan tenaga secara kerjasama antara semua pihak terus terbina kukuh Semoga usaha yang dijalankan ini dapat mencapai matlamatnya bukan sahaja dalam mencapai keberkatan Ramadhan tetapi yang lebih penting mendapat kejayaan Syurga hakiki di akhirat kelak..

“Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?”

Wallahu a’lam.

 

Laporan disediakan oleh,

(ROSHAIDIN BIN OTHMAN)
Penyelaras Program
Ihya’ kemuncak Ramadhan ’09
Sekolah Kebangsaan South

 

Disemak dan disahkan oleh,
(SALBIAH BINTI HAJI SAUFI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan South

About these ads

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: