jump to navigation

Karnival Ibadah Ramadhan @ Masjid At-Taqwa Ogos 8, 2010

Posted by taskforcemiri in Ihya' Ramadhan, Program dan Aktiviti.
add a comment

Ramadhan Mubarak 1431H

Karnival Ibadah Masjid At-Taqwa Miri

[Karnival Ibadah Ramadhan 1431H @ Masjid At-Tawa Miri]

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Task Force Kecemerlangan Miri: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Sukacita dimaklumkan insya Allah Masjid At-Taqwa Bandaraya Miri akan menganjurkan satu program yang dinamakan Karnival Ibadah sempena Ramadhan 1431H dengan kerjasama JAKIM-JAIS-Task Force-AMAL Sarawak. Berikut adalah senarai program yang akan dianjurkan:

  1. Sepanjang Ramadhan 1431H: Solat Tarawih Berjamaah, Tadarus Al-Qur’an dan Tazkirah Zuhur
  2. 26 Ogos 2010: Semarak Ramadhan JAKIM Bersama Saudara Kita – Diskusi Ramadhan Bersama Haji Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2009 Sabah), Klinik Al-Qur’an (Tahsin Surah Fatihah & ayat-ayat pilihan), Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Hafazan
  3. 26 Ogos 2010: Sambutan Nuzul Qur’an Peringkat Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa Miri
  4. 27 Ogos 2010: Seminar Nuzul Qur’an di Pustaka Miri
  5. 28 Ogos 2010: Pameran Kempen Jom Jauhi Zina
  6. 28 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Qur’an Task Force
  7. 28 Ogos 2010: Iftar Jama’ei Perdana Task Force
  8. 28 Ogos 2010: Malam Bersamamu Palestin (Perkongsian Mavi Marmara bersama Pak Jamal (Tuan Hj Jamuliddin Elias))
  9. 29 Ogos 2010: Qiammullail, Munajat Perdana dan Ceramah Peperiksaan Pelajar-pelajar Islam UPSR-PMR-SPM-STPM Miri
  10. 29 Ogos 2010: Ziarah AMAL ke Hospital Umum Miri

Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Bandaraya Miri dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!

Firman Allah SWT (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diWAJIBkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu berTAQWA.” (Surah Al-Baqarah 2, ayat 183)

Wallahu a’lam bissawab.

Laporan Ihya’ Kemuncak Ramadhan 1430H September 12, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
add a comment
Saudara Khairul Nizam Yob menyampaikan Sumbangan AMAL sambil disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi, Puan Salbiah Hj Saufi (Pengetua SK South) dan YDP PIBG SK South

Saudara Khairul Nizam Yob menyampaikan Sumbangan AMAL sambil disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi, Puan Salbiah Hj Saufi (Pengetua SK South) dan YDP PIBG SK South

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

LAPORAN IHYA’ KEMUNCAK RAMADHAN 1430H (IKRAM ’09)
SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH, MIRI, SARAWAK

 

Pendahuluan

 

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima, bulan Lailatul Qadar yang istimewa. Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa, tetapi juga dengan membaca al-Quran.

 

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK South dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK South dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (TASK FORCE) Pengurusan Kecemerlangan, UPI PPD Miri & Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ihya’ Kemuncak Ramadhan pada 12 September bersamaan 22 Ramadhan 1430H. Majlis bermula pada 4.30 petang dengan kehadiran guru-guru Islam, ibu bapa dan murid-murid seramai lebih kurang 150 orang.

 

Perjalanan Program

 

Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan selaku perasmi program iaitu Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob pada jam 5 petang bersama rombongan TASK FORCE dan Yayasan AMAL seramai 15 orang. Mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid cilik Tahun 3 hingga 6 dan dibawa ke Dewan South Jaya.

 

(more…)

Laporan Program Semarak Wahyu 1430H September 6, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti, Tazkirah.
add a comment
Sumbangan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri kepada Kompleks Kebajikan Hamidah

Sumbangan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri kepada Kompleks Kebajikan Hamidah

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah. Program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Shohor Bani Leman sempena Sambutan Nuzul Al-Qur’an peringkat Bahagian Miri berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 September 2009 bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung Baitulmal Sarawak dan Masjid At-Taqwa Miri.

 

Sempena dengan program ini juga, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri telah menyumbangkan sebanyak RM9,151.45 kepada Kompleks Kebajikan Hamidah, Lembaga Kebajikan Yayasan Anak Yatim Sarawak. Selain itu, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak turut menyerahkan sumbangan Hari Raya sebanyak RM2,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak untuk diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri. Puan Hajjah Juliyanah Abdul Hamid, Pengurus Besar Kompleks Kebajikan Hamidah hadir menerima replika cek dari Encik Awang Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri dengan diiringi oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Pengerusi Task Force Kecemerlangan Miri. Manakala Puan Marini Juraibi, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Miri telah hadir menerima sumbangan dari AMAL Sarawak yang diserahkan oleh Pengerusinya Saudara Muhtar Hj Suhaili. 

 

Sementara itu, Ustaz Wan Shohor Bani Leman di dalam ceramahnya yang bertajuk “Al-Qur’an Memerdekakan Manusia” telah mengajak hadirin yang dianggarkan mencecah lebih 500 orang untuk kembali ber’amal dengan hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah. Menurut beliau, sekiranya umat Islam mengamalkan kehidupan menurut tuntutan Islam yang sempurna, maka mereka mampu membina tamadun yang tinggi sepertimana yang pernah dicapai oleh generasi unggul Islam pada masa yang silam. Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mudah-mudahan dengan ini mereka akan mencapai merdeka yang hakiki. Seterusnya, Ustaz Wan Shohor menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan keseluruhan secara bersepadu ajaran Nabi Muhammad SAW yang syumul (lengkap merangkumi semua aspek kehidupan) kerana baginda merupakan contoh teladan terbaik sepanjang zaman. Dengan mengikuti ajaran Rasul, maka semua manusia akan selamat dalam kehidupan di dunia dan Akhirat. (more…)

Program Semarak Wahyu 1430H September 1, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
1 comment so far
Program Semarak Wahyu @ Masjid At-Taqwa
<strong>Program Semarak Wahyu Sempena Ihya' Ramadhan 1430H</strong>

Program Semarak Wahyu Sempena Ihya' Ramadhan 1430H

Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009 Ogos 16, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
3 comments
Ceramah Motivasi Perdana oleh Ustaz Akhwan Afandi

Ceramah Motivasi Perdana oleh Ustaz Akhwan Afandi

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2009, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri berjaya melaksanakan program tahunannya iaitu Solat Hajat Perdana Menjelang Peperiksaan bertempat di Masjid At-Taqwa, Bandaraya Miri. Istimewanya, kehadiran penceramah motivasi Ustaz Akhwan Afandi telah menjadikan program kali ini lebih bermakna dan sekitar 1,500 pelajar di bahagian Miri telah menghadiri Solat Hajat Perdana ini selain kehadiran ibubapa dan penjaga.

 

Saidina Umar Al-Khattab RA pernah berkata, “Langit tidak pernah menurunkan hujan emas atau perak.” Kata-kata ini cukup memberikan pengertian tentang erti tawakkal dan menyerahkan diri kepada Allah. Mengharapkan sesuatu daripada Allah, tidak cukup hanya dengan doa, tetapi juga disertai dengan usaha dan ikhtiar. Sesudah bekerja dan berusaha, barulah kita menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita melakukan mana yang biasa dan dalam batas kemampuan kita selaku manusia yang lemah, sedang yang di luar itu, kita serahkan urusannya kepada Allah.

 

Menyedari hakikat inilah, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Unit Pendidikan Islam Dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri telah mengadakan program Solat Hajat Perdana khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah yang akan menempuh peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2009.

 

Antara misi dan objektif program ini termasuklah: 

  1. Memberi peluang kepada semua pihak untuk sama-sama menyatukan tekad, berdoa memohon kepada Allah SWT agar kecemerlangan itu menjadi satu realiti.
  2. Membina tautan ukhuwwah yang berkesan dalam hubungan sesama umat Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan agar dengan hubungan itu dapat menjana satu kekuatan dari segala aspek.
  3. Merealitikan konsep Usaha Doa dan Tawakkal.

(more…)

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009 Februari 8, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
7 comments

Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

“Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009”

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 6-8 Februari 2009, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri buat tahun ke-4 berturut-turut berjaya menganjurkan Program Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM. Seramai 153 orang pelajar Islam (64 orang lelaki dan 89 orang perempuan) yang cemerlang dan punya potensi cemerlang dari sekolah-sekolah di bahagian Miri, Daerah Subis dan Daerah Baram telah menghadiri program motivasi dan kepimpinan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Sukan Petronas ini. 

 

Antara objektif program berorientasikan ReThink, ReFocus, ReLearn, ReEnergize ini dilaksanakan termasuklah:

  1. Mengenal, memahami dan sekaligus dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan yang sebenar
  2. Melestarikan kemahuan membara (burning desire) serta meningkatkan nyala rasa, kekuatan semangat dan ketahanan diri untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan persoalan 4W 1H:  What, Why, When, Where, How?.
  3. Memantapkan ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar
  4. Penerapan unsur-unsur penghayatan Islam yang syumul khususnya dalam penguasaan ilmu pengetahuan (fardhu ‘ain dan fardhu kifayah) pada diri pelajar.

 

Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

Jadual Pelaksanaan Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009 

 

  (more…)

Malam Bersamamu Palestin Di Miri 2009 Februari 2, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
2 comments

Malam Bersamamu Palestin 2009

“Penyerahan Cek Dari Wakil PPGM Kepada Wakil AMAL Malaysia

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, segala puji bagi Allah ‘Azza Wajalla yang menjadikan jihad dan infaq sebagai satu kemuliaan! Dengan taufiq dan hidayah Allah SWT, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Miri, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Badan-badan Islam di Miri telah berjaya menganjurkan Program Malam Bersamamu Palestin 2009 pada hari Ahad, 1 Februari 2009 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Masjid At-Taqwa Miri, Sarawak.

 

‘Palestin di Hati’ dan ‘Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?’ masing-masing telah dipilih sebagai tema dan slogan program. Berikut merupakan antara objektif Program Malam Bersamamu Palestin ini dianjurkan: 

  1. Membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang mulia serta sekaligus menyatakan sokongan kepada perjuangan mendaulatkan Baitul Muqaddas dan bumi Palestin.
  2. Mengarusperdanakan isu Palestin dalam masyarakat sebagai aspek pembinaan kesatuan masyarakat dan kesedaran umat.
  3. Menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki, menzahirkan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya serta menyatakan bantahan kepada segala bentuk kekejaman, penindasan dan kezaliman.
  4. Membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan (HAMAS) dan rakyat Palestin.

Alhamdulillah, selama-lamanya kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Program Malam Bersamamu Palestin telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 hadirin memenuhi Masjid At-Taqwa Miri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin. Program kali kedua seumpamanya selepas kali pertama pada tahun 2006 ini telah dirasmikan oleh Datuk Ir. Hj. Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak. Antara pengisian program pada malam tersebut termasuklah Tayangan Multimedia Palestin, Perkongsian Khas daripada Dr. Hamdan Bin Mohamed Khalib (Naib Presiden Yayasan AMAL Malaysia) yang baru kembali daripada misi kemanusiaan ke Gaza Palestin, Ceramah Perdana “Palestin dan Peranan Kita” oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengarah Palestine Center of Excellence), Persembahan Nasyid oleh pelajar-pelajar SMK Agama Miri dan Bacaan Do’a Wehdah.

 

Alhamdulillah, melalui Program Bersamamu Palestin di Miri sebanyak RM91,180 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Satu Ribu Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja) telah berjaya dikumpulkan untuk Tabung Dana Kemanusiaan Palestin yang diterima daripada masjid-masjid, surau-surau, syarikat-syarikat korporat, sekolah-sekolah, institut-institut, pelbagai badan dan agensi Islam serta individu-individu yang prihatin lagi budiman. Upacara simbolik penyerahan cek daripada wakil-wakil pihak penyumbang telah diadakan di akhir program Malam Bersamamu Palestin. Semua kutipan ini disalurkan kepada rakyat Palestin melalui 3 pihak iaitu Yayasan AMAL Malaysia, MERCY Malaysia dan Kerajaan Negeri Sarawak. (more…)

Forum Remaja: “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” Ogos 17, 2008

Posted by taskforcemiri in Jom Cemerlang, Program dan Aktiviti.
add a comment

Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 di ILP Miri”

AlhamdulillahForum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang menggandingkan Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli (Moderator Adnin Management & Training Centre), Saudara Muhtar Suhaili (Jurutera Sarawak Shell Berhad) dan Ustaz Ramadhan Fitri Ellias (Perunding Syariah RHB Bank) sebagai ahli panel selain Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif sebagai moderator telah berjaya dilangsungkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri pada 17 Ogos 2008. Semoga tujuan program yang digariskan oleh pihak penganjur iaitu ke arah pembinaan budaya cintakan Allah, kasihkan Rasulullah dan sayang sesama manusia dalam kalangan remaja sebagai generasi harapan masa hadapan dapat dipersada. Semoga segala krisis identiti, budaya negatif dan virus benci juga akan dibakulsampahkan. 

 

Sesungguhnya generasi muda di negara ini merupakan kelompok terbesar  yang mengisi ruang populasi dari jumlah keseluruhan kependudukan negara. Menurut statistik, dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada seramai 24 juta rakyat Malaysia adalah mereka yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun. Kadar ini menunjukkan betapa generasi muda merupakan kelompok masyarakat yang memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam menentukan jatuh bangunnya negara. Ini sekaligus membayangkan bahawa apa juga yang mereka lakukan atau berlaku ke atas mereka pastinya akan memberi implikasi kepada kemandirian negara.

 

Justeru, forum bertajuk “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” dengan tema “Kecemerlanganmu Dihargai, Hidupmu Diberkati” ini diharapkan telah memberi input-input bermakna kepada remaja yang hadir agar terus berilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut demi untuk pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Mudah-mudahan. (more…)

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.