jump to navigation

Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri Julai 19, 2007

Posted by taskforcemiri in Task Force Cemerlang.
trackback

JAWATANKUASA BERTINDAK (TASK FORCE) PENGURUSAN KECEMERLANGAN MIRI

1. MUKADDIMAH

 

Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, berkata; “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur “baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur”, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

 

Pada hakikatnya, ulama’ dan umara’ merupakan dua institusi penting yang bertanggungjawab menentukan perjalanan kehidupan ummah keseluruhannya berada di atas landasan kebenaran. Sekiranya institusi ini rosak, maka ummah akan rosak dan sekiranya mereka baik maka ummah akan beroleh kesejahteraan.

 

Mutakhir ini, umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran yang bersifat multidimensi. Justeru, ummah termasuk masyarakat Islam di Miri perlu bersedia menghadapinya dengan memperkasakan diri dan organisasi. Senario tempatan dan kondisi semasa di bidang pendidikan, sosial, politik dan ekonomi di Miri memerlukan kita terus berusaha untuk lebih memartabatkan lagi kedudukan masyarakat Islam sebagai ‘khayra ummah’ – umat terbaik.

 

Justeru, bertitik-tolak dari kata-kata Sayidina Ali yang masyhur: “Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun”, maka Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan ini merupakan inisiatif untuk memantapkan struktur dan gerak kerja organisasi, menjadi hub untuk merancang aktiviti-aktiviti dengan lebih tersusun dan berkesan serta mensinergikan lagi program-program yang sedia ada ke arah membentuk kecemerlangan masyarakat Islam di Miri khususnya generasi muda dan golongan pelajar.

 

2. RASIONAL

 

Rasional penubuhan Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan termasuklah:

 

2.1 Wujud petanda positif, rasa terpanggil dan kesedaran tinggi di kalangan kumpulan individu yang inginkan kesepaduan ukhuwah fillah di kalangan masyarakat Islam di Miri.

 

2.2 Rasa kebersamaan dan kemantapan ukhuwah fillah di kalangan masyarakat Islam di Miri agak hambar.

 

2.3 Fokus adalah kepada golongan murid sekolah sebagai pewaris generasi akan datang yang merupakan aset penting dan genting buat masyarakat Islam.

 

3. OBJEKTIF

 

Objektif penubuhan Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan ini:

 

3.1 Menggembleng tenaga dan ikhtiar di kalangan warga masyarakat bagi melahirkan organisasi yang tersusun, terurus dan berstrategi di dalam menyemarakkan lagi usaha dakwah dan islah di kalangan generasi muda dan golongan pelajar di Miri.

 

3.2 Menggabungjalin dan membangunkan sumber manusia untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan menyeluruh dan berkesedaran tinggi di dalam menjiwai peranan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang soleh.

 

3.3 Memperkasa motivasi generasi muda dan para pelajar agar mengenal, memahami dan dapat memanifestasikan erti kecemerlangan insan serta penekanan kepada pembentukan sahsiah pelajar Muslim.

 

3.4 Merancang program pembinaan ketahanan fizikal, mental dan spiritual ia itu kemahuan membara (burning desire) dan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan (4W 1H: What, Why, When, Where, How?).

 

3.5 Menanamkan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan dalam diri pelajar dan sekaligus membentuk jati diri yang mantap serta berjiwa besar.

 

3.6 Menjadi platform bina insan agar berdaya saing dan berjaya melestarikan kecemerlangan (ReEnergize).

 

3.6 Membina kesepaduan ukhuwah fillah di kalangan warga masyarakat bagi menghidupkan budaya kekitaan dalam melaksanakan amanah amru bil makruf wa nahyu anil munkar.

 

4. TEMA

 

Kecemerlangan Kita Cipta Bersama dan Kongsi Bersama
Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?

 

5. STRUKTUR ORGANISASI

 

Penasihat 1:
Pn. Rosnani bt. Yunus

Penasihat 2:
Encik Awang @ Ibrahim bin Ahmat

Pengerusi:
Ustaz Ahmad Fauzi bin Yaakob

Timbalan Pengerusi 1:
Pn. Lily bt. Hj. Morni

Timbalan Pengerusi 2:
Muhtar bin Hj. Suhaili

Setiausaha:
Encik Jeffrey bin Edris

Penolong Setiausaha:
Ustaz Mohd. Nassru bin Abdul Latif

Bendahari:
Ustaz Ismail bin Daud

Unit Pembangunan Modul:
Ustaz Roshaidin bin Othman

Unit Penyelidikan:
Ustaz Nik Shazmizi bin Nik Sin

Unit Perancangan Strategik:
Ustaz Badrul Hisham bin Mohd. Yasin

Unit Pengurusan Aktiviti:
Encik Saperi bin Paie

Unit Dokumentasi dan Multimedia:
Ustaz Afandi bin Yusoff

Unit Kejurulatihan dan Fasilitator:
Encik Norman bin Suhaili

Unit Tugas-tugas Khas:
Ustaz Amir bin Mustafa

 

6. PENDEKATAN

 

Pakej program yang akan dirancang dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan bersifat holistik dan komprehensif; mengambil kira keperluan IQ (Intellectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).

 

7. FUNGSI TASK FORCE

 

7.1. Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan akan menumpukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan program motivasi, pembinaan kemahiran, latihan kepimpinan dan pelestarian ukhuwah yang bersepadu di kalangan generasi muda dan golongan murid Islam di Miri.

 

7.2 Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan ini lebih merupakan satu kumpulan yang bergerak atas dasar kesedaran, menyedari, menggerak dan membangunkan masyarakat.

 

7.3 Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan tidak akan menyentuh soal dasar, isu-isu sensitif atau bertindak sebagai ‘pressure group’.

 

8. MODUS OPERANDI

 

8.1. PEMBANGUNAN MODUL

 

Ø Penyediaan Buku Modul
– Team Building
– Semangat kesukarelaan
– Kemahiran Kepimpinan
– Pengendalian Program
– Pemikiran Kreatif dan Kritis
– Pengurusan Organisasi
– Pengurusan Masa
– Perancangan Strategik
– Pengurusan Stres
– Penyelesaian masalah
– Pengurusan konflik
– Bimbingan dan Kaunseling
– Kemahiran Berkomunikasi – Personal, Organisasi, pengucapan awam
– Dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

 

Ø Simulasi Pelaksanaan Modul

 

8.2. LATIHAN KEJURULATIHAN (T.O.T)

 

Ø Mewujudkan Akademi Fasilitator
Ø Lantikan jurulatih/ fasilitator
Ø Latihan untuk jurulatih/ fasilitator
Ø Program perkembangan jurulatih/fasilitator
Ø Dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

 

8.3. PELAKSANAAN PROGRAM

 

Ø Program Motivasi – Kem Motivasi Insan Cemerlang
Ø Usrah atau Diskusi Inteligentsia
Ø Ceramah atau Forum semasa yang berkala
Ø Perkhemahan dan Summer Camp – Cuti Sekolah
Ø Pengendalian Aktiviti Sukan dan Rekreasi
Ø Program Seni dan Hiburan
Ø Pakej Lawatan
Ø Buletin, pamphlet dan bahan tazkirah
Ø Dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

 

8.4. PENILAIAN (Analisis SWOT/KLAP)

 

Ø Penilaian atau muhasabah berkala untuk melihat keberkesanan dan membuat penambahbaikan semasa yang boleh dilaksanakan serta sekaligus perancangan untuk masa hadapan.
Ø Penilaian setiap kali berakhir program
Ø Penilaian setengah tahun
Ø Penilaian sepanjang tahun
Ø Penyediaan laporan bulanan dan tahunan

 

9. GERAK TINDAKAN SUSULAN

 

Ø Berambeh
Ø Usrah ahli Jawatankuasa
Ø Sesi ‘hati ke hati’ bersama Pengetua, Guru Besar dan guru
Ø Program Masih Ada Yang Sayang
Ø Program Menggenggam Bara
Ø Program down-to-earth ke sekolah-sekolah – Antara Harapan dan Realiti
Ø Dan lain-lain cadangan (beserta pelaksanaan) yang bernas.

 

10. PENUTUP

 

Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan di dalam merealisasikan penubuhan dan pelaksanaan agenda Jawatankuasa Bertindak Pengurusan Kecemerlangan demi kesinambungan kecemerlangan budaya ilmu di kalangan warga murid. Semoga usaha ini menjadi batu loncatan dalam merealisasikan hasrat membentuk pelajar Islam yang berteraskan kecemerlangan komprehensif; merangkumi kecemerlangan akademik, pembangunan modal insan, ketrampilan sahsiah dan kesedaran umat, bertepatan dengan tema Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?

 

SOME PEOPLE DREAM OF SUCCESS, WHILE OTHERS WAKE UP AND WORK HARD AT IT. WE CAN DO IT BIIZNILLAH!

 

MOTIVASI DAN RENUNGAN

 

“Berilah ruang pada hati kecil berbicara, menilai sesuatu dengan iman.. Andai kebahagiaan dan kebenaran yang dicari, redha Allah yang didamba.. Lambat-laun akan dibukakan jalan kepada kita.. Jalan kejayaan.. Yakinlah! Dan bila suara hati sudah berbicara.. Pohonlah agar ianya jalan yang Allah tunjukkan.. Jalan yang menuju padaNya.. Jalan yang telah dilalui oleh para Nabi, Siddiqin, para Syuhada’ dan orang-orang yang soleh.. Bukan jalan orang-orang yang Dia murkai dan bukan pula jalan mereka yang Dia sesatkan.”

 

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Al-Qur’an Al-Karim, Surah Aali-Imran, ayat 139)

 

“Sesungguhnya Islam itu bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaannya. Maka beruntunglah bagi orang-orang yang dagang itu.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

 

“Saat kekalahan itu bermula bila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu.” (As-Syahid Syed Qutb)

 

“Wahai kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah.” (Imam Hasan al-Banna)

 

Tika kau LEMAH, jadikan Allah sebagai tempat meluahkan rasa …
Tika kau GOYAH, kau perlu KUAT kerana kau pembawa Agama tercinta…
Tika kau REBAH, kau harus TABAH kerana kau Mujahid yang tak akan TEWAS.

 

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Qur’an Al-Karim, Surah Aali-Imran, ayat 31).

 

Wallahu a’la wa a’lam.

Komen-komen»

1. mohd ansori ibnu mohd baseair - November 20, 2007

Teruskan usaha bagi membangunkan ummah di Bumi Sarawak. Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung. Semoga Islam terus megah di persada dunia


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: