jump to navigation

Anak-anak Yatim & Kisah ‘Ibuku Buta Sebelah Mata!’ Julai 30, 2007

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback

Peryatim Miri1

“Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri”

Allah Azza Wajalla berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

Alhamdulillah, pada 29 Julai 2007, Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam, SM Sains Miri dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri. Dengan tema “Masih Ada Yang Sayang”, program mesra bersama anak yatim yang melibatkan ceramah motivasi, sesi hati ke hati melalui LDK dan penyerahan sumbangan dari SM Sains Miri, Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan ini sesungguhnya merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang perlu diteruskan dan dikembangkan.

 

Secara tuntasnya, marilah kita berusaha membantu untuk menceria dan membahagiakan anak-anak yatim atas kapasiti yang kita mampu. Selain itu, hasil dari program ini, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!

 

Melalui entri ini, turut dikongsikan satu PowerPoint Show yang sesungguhnya amat menyentuh hati dan amat bermakna untuk kita fikir-renungkan dan jadikan pedoman bersama bertajuk “Ibuku Buta Sebelah Mata!”. Turut dikongsikan ialah gambar-gambar program yang telah dilaksanakan. Semoga ada manfaat dan khairnya.

 

Ibuku Sayang

Ibuku Buta Sebelah Mata!.pps (Sila double click di sini » » atau Right Click dan Save Target As…)

Program Peryatim6Program Peryatim4
Program Peryatim2Peryatim Miri

“Gambar-gambar Kenangan Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Sarawak, Cawangan Miri di Bumiko”

 

IBUKU ~ USMAN AWANG

 

Ibuku mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.

 

Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat.

 

Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upah buruhnya sangat sedikit.

 

Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan.

 

Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
Kaburlah mata ibu diselaputi logam.

 

Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke Timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur.

 

O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri.

 

(Dipetik dari Puisi-puisi Pilihan Usman Awang)

 

Atas segalanya, memberilah kerana erti hidup adalah pada memberi! Ketahuilah bahawa sesungguhnya wawasan hidup seorang Muslim ialah Kecemerlangan Akhirat melalui Prestasi Hidup di Dunia. Maka berusaha dan bekerjalah kita untuk mencari kehidupan di dunia seolah-olahnya kita akan hidup selama-lamanya di dunia ini. Dan beramal ibadatlah kita untuk hidup di Akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Semoga kita semua beroleh redha Allah SWT di dunia ini dan beroleh SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

 

Wallahu a’la wa a’lam.

Komen-komen»

1. syed abdullah bin syed khalipah - Oktober 8, 2008

assalamualaikum, buat anak-anak yatim kompleks hamidah miri. ayah merindui kalian. biar pun ayah tidak menjaga kalian lagi. jaga diri dan hidup berdikari. dari ayah syed abdullah.

2. norhaini bt mesuha - Mac 20, 2009

salam..
tingkatkan semangat…

3. rafidah - Jun 18, 2009

bagaimana saya hendak berhubung dengan kakitangan pertubuhan anak2 yatim miri. kalau boleh bagi no telefon dan alamat penuh kerana kami bercadang untuk mengadakan lawatan ke sana.

Sila berhubung dengan Tuan Haji Mor Seman di talian 016-8575613. Terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: