jump to navigation

Program Task Force Akan Datang Julai 31, 2007

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback

PROGRAM-PROGRAM TASK FORCE KECEMERLANGAN AKAN DATANG:

 

– 2 – 4 November 2007: Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Bahagian Miri

– 24 – 25 Oktober 2007: Kolokium Islam Hadhari untuk pentadbir sekolah 

22 September 2007: Program Ihya’ Ramadhan

       2 pm – Ceramah Kecemerlangan Pelajar oleh Us Suudi Arof

       4 pm – Majlis Khatam Al- Quran  

       6 pm – Majis Berbuka Puasa Bersama Pengarah 

                – Solat Tarawikh – Solat Hajat (PMR, SPM)

 

– Ahli-ahli Task Force Kecemerlangan diberi kepercayaan untuk menjadi Urusetia Majlis Tadarus Al-Quran Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan di adakan di Miri pada 14-17 Ogos 2007 depan.

 

– Program Rehlah Dakwah dan Mahabbah ke Sabah, pada 18 hingga 24 Ogos 2007 – JK Task Force Kecemerlangan akan berkunjung ke Sabah. Pada kesempatan ini JK diberi penghormatan untuk mengendalikan satu slot di SMK Agama Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Semporna Sabah.

 

– Program Solat Hajat Perdana untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM sekolah-sekolah di bahagian Miri akan diadakan pada 31 Ogos 2007 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-50.

 

– Usrah Zon Timur (Sekolah-sekolah Zon Timur Bahagian Miri): Ustaz Ahmad Shahdan selaku Pengerusi Usrah Zon Timur menjemput semua ahli Task Force Kecemerlangan untuk hadir ke program ini. Tarikh: 26 Julai 2007, Masa: Mula Solat Magrib, Tempat: Surau SK Anchi Miri.

 

PROGRAM-PROGRAM LEPAS:

 

PROGRAM CAKNA DIRI MURID 2007 SMK RIAM

 

Alhamdulillah,  14 – 15 Julai,  Program Cakna Diri Murid 2007 anjuran SMK Riam Miri dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dengan kerjasama Yayasan ‘Amal berjaya dilaksanakan. Program 2 hari 1 malam ini melibatkan seramai 111 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang agak lemah akademik, kurang motivasi diri dan mempunyai rekod masalah disiplin. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kem ini khusus buat pelajar terbabit sebagai satu komitmen bahawa bukan sahaja pelajar cemerlang diberi perhatian dan harapan, tetapi pelajar-pelajar berpotensi ini juga mempunyai peluang cerah menjadi insan berjaya, berwawasan dan berfungsi sebagai pewaris pada masa akan datang.

 

Sepanjang program ini, Sdr. Muhtar Suhaili dan Ustaz Roshaidin Othman bertindak sebagai Koordinator Program yang melibatkan para peserta yang majoritinya berbangsa Cina selain Iban dan Melayu serta majoriti beragama Kristian selain Buddha dan Islam. Alhamdulillah, di dalam program ini juga Sdr. Muhtar telah diamanahkan untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Hidup Lebih Hidup Dengan Kejayaan” dengan versi yang telah disesuaikan dengan latarbelakang, pencapaian dan mood para peserta yang merupakan kumpulan sasaran kali ini. Pengisian lain termasuk Ceramah Tunggu dan Lihat oleh Ustaz Roshaidin Othman, Ceramah Destinasi Kecemerlangan oleh Encik Hamidon Andul Ghani dan Ceramah Jom Hebat oleh Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin. Selain itu, pelbagai bentuk LDK telah dirangka khas oleh Ustaz Roshaidin bersama jawatankuasa kecil Modul untuk kegunaan program ini. Jawatankuasa mengucapkan penghargaan kepada semua yang membantu sama ada sebagai urusetia atau fasilitator dari kalangan ahli-ahli Task Force Kecemerlangan dan sukarelawan Yayasan Amal.

 

Cakna Diri SMK Riam - Ceramah

Ceramah-ceramah Ilmiah Oleh Sdr. Muhtar, Ustaz Roshaidin, Encik Hamidon dan Ustaz Nik Syazmizi.”

Cakna Diri SMK Riam - IceBreaking

Sesi Ice Breaking serta Aktiviti-aktiviti Riadhah.”  

Cakna Diri SMK Riam - Aktiviti

Rencam Aktiviti termasuk Team Building dan Bina Semangat.” 

Cakna Diri SMK Riam - LDK

Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) – 10 Kumpulan Bersama Fasilitator.” 

Cakna Diri SMK Riam - Kem

Tapak Perkhemahan” & “Sesi Pengaktifan Minda dan Keyakinan Diri.”

13-15 Julai 2007,  SMK Luar Bandar Miri telah mendapat bantuan Task Force Kecemerlangan mengendalikan Program Tamrin Qiyadi yang diadakan di Masjid Bekenu selama 3 hari 2 malam. Seramai 120 orang pelajar sekolah tersebut telah mengikuti program ini.  Penceramah Task Force terdiri dari  Sdr. Muhtar Suhaili, Us. Mohd. Nassru Abd Latif, Us. Roshaidin Othaman, Us. Nik Sharmizi Nik Sik dan Us. Badrulhisham Mohd. Yassin telah mengisi slot-slot dalam program tersebut.

 

7-8 Julai 2007, Task Force Kecemerlangan telah diberi kepercayaan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Subis mengendalikan Kem Kecemerlangan Pelajar yang diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri. Task Force Kecemerlangan telah membantu dengan menghantar tenaga penceramah dan membantu menyediakan kemudahan-kemudahan lainnya. Seramai 80 orang pelajar yang akan menduduki UPSR pada tahun ini telah mengikuti program ini. Penceramah-penceramah Task Force Kecemerlangan terdiri dari Us. Mohd Nassru Abd Latif, Us. Roshaidin Othman (Abang Din) dan Us. Nik Sharmizi Nik Sin telah dihantar untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah Subis menjayakan program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Pn. Rosey Hj. Yunus (ADUN Bekenu).

 

16 Jun 2007, Bertempat di Pustaka Miri telah diadakan program Titian Kasih anjuran SM Sains Miri dengan kerjasama Task Force Kecemerlangan Miri. Seramai 100 orang pelajar dari Sekolah-sekolah Bahagian Miri telah terlibat. Pihak SM Sins Miri telah menjemput Tn. Hj. Azam (Pengetua Super) SMK Tun Abdul Razak Seremban untuk mengisi slot motivasi.

 

KEM JATI DIRI PELAJAR-PELAJAR BAHAGIAN MIRI

 

Pada 28 Jun – 1 Julai 2007, Task Force Kecemerlangan, Unit Pendidikan Islam PPG Miri telah menganjurkan Kem Jati Diri Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bahagian Miri bertempat di Taman Negara Lambir. Di Taman Negara ini pemandanganya yang dicipta oleh Maha Pencipta cukup indah, ketenangan dapat dirasai apabila berada di sini, selain beberapa air terjun yang turut dilalui oleh peserta ketika slot “Jungle Tracking”. Alhamdulillah slot-slot ceramah telah disampaikan oleh sahabat-sahabat yang hebat seperti Al-Fadhil Us. Hasrizal (http://saifulislam.com/), Sdr. Muhtar Suhaili (Jurutera Shell: http://muhtarsuhaili.fotopages.com/, http://muhtarsuhaili.wordpress.com/), Us. Roshaidin Othman (Abang Din Pakar Muhasabah Diri), Us. Nik Sharmizi Nik Sin (Anak Soleh) dan saya juga berpeluang memberi satu slot. Alhamdulillah sokongan dari sahabat-sahabat AJK Task Force, pensyarah IKBN, Doktor Hospital Miri, sahabat dari Sarawak Shell Berhad dan tak lupa Muslimat Kg. Muhibbah yang telah berjaya mengendalikan program ini dengan sempurna. Program Koordinator (Us. Nassru), Tukang Masak lulusan Universiti Jordan (Us. Ismail), Us. Afandi (LO), Cikgu Norman, Kem Komandan (Mr. Amir n Mustamim) merupakan peneraju kuat program ini, Pn. Lily Hj Morni (Pengetua Cemerlang SM Sains Miri) – semangat “down to earth” amat dikagumi… adik-adik / kakak-kakak fasi…. Terima kasih atas sumbangan semua.

 

Lambir1

Kem Waja Diri 2007, Taman Negara Lambir, Miri, Sarawak”

Lambir2

Aktiviti Jungle Tracking – Termasuk Solat ‘Asar di Hutan”

Lambir3

Aktiviti-aktiviti Menguji Ketahanan Fizikal dan Sesi Pengaktifan Minda”

Lambir4

Panorama Air Terjun di Taman Negara Lambir Miri”

Lambir5

Apabila Kita Merenung Sesuatu Kecantikan, Pujilah PENCIPTAnya”

Gambar-gambar: http://pratchai.fotopages.com/

Komen-komen»

1. Kelab Anak Muda Muhibbah - Julai 24, 2007

Salam.

Gembira dapat turut serta dengan program Task Force…

Banyak benda baru yang di pelajari… Pengalaman baru…

Semoga Allah beri kita semua kekuatan untuk terus memberi. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Salam perjuangan…

2. Ustaz - Julai 24, 2007

Insyaallah, sama-sama kita semarakkan kecemerlangan di bumi Miri, Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila?

3. Ustaz Kolej - Ogos 7, 2007

Kecemerlangan Kita Cipta Bersama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: