jump to navigation

Kembara Menagih KASIH 2007 (keKASIH ’07) Ogos 27, 2007

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback

Sabah Map

Kembara Menagih KASIH (keKASIH 2007), Task Force Kecemerlangan Miri”

Alhamdulillah pada 18 – 23 Ogos 2007 yang lepas, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri telah berjaya melaksanakan ‘Kembara Menagih KASIH 2007′ (keKASIH ‘07) iaitu program Rehlah Dakwah dan Mahabbah merentasi negara Brunei Darussalam untuk retreat perancangan strategik Task Force Kecemerlangan Miri sambil menjelajah negeri Sabah Di Bawah Bayu melalui jalan darat dari Kota Kinabalu sampai ke Semporna.

 

Selain itu, dalam perjalanan pulang, rombongan jaulah yang terdiri daripada 16 orang (Ustaz Ahmad Fauzi Yaacob, Puan Lily Hj. Morni, Saudara Muhtar Suhaili, Ustaz Roshaidin Othman, Ustaz Afandi Yusoff, Ustaz Fakhrurrazi, Cikgu Mohd Shahril, Saudara Mohd Faisal, Encik Puasa Ahmat (pemandu coaster), Ustazah Noresah, Ustazah Mariani, Ustazah Norafifah, Ustazah Fuziah, Ustazah Roshanidawati, Ustazah Norizan dan Ustazah Hasliza) ini juga berkesempatan singgah di daerah Lawas untuk menjayakan program ‘Jom Cemerlang’ di SK Agama (MIS) Lawas. Sungguh, terlalu banyak cerita, kisah, pengalaman, ilmu, hikmah, pengajaran, iktibar, nasihat dan ‘ibrah yang diperolehi!

 

Petikan Kertas Kerja Program ‘keKASIH ‘07′:

‘Di sini ku berdiri, berpijak di bumi, menjunjung langit yang luas’. Demikianlah sedikit petikan lagu nasyid yang agak popular suatu ketika dulu. Berjalan, melihat dan merenung keindahan ciptaan Allah adalah merupakan satu ibadah yang sangat penting bagi melahirkan individu yang tahu dan mahu bersyukur. Semasa terikat dengan rasa kesyukuran itu, adalah lebih baik kita memberikan bukti rasa bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya samada dengan merapatkan lagi ikatan persahabatan dan ukhuwwah, atau melakukan sesuatu yang Allah suruh dan perintah. Allah pasti sayang dan suka. Ukhuwwah dan rasa kasih atau rasa sayang itu adalah fitrah yang perlu dicari, ditagih dan dipertahankan oleh kita semua.

 

Menyedari hakikat ini, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri mengambil inisiatif mengadakan satu lawatan sambil belajar, menyegar minda sambil beramal yang dinamakan ‘Kembara Menagih KASIH 2007’ atau singkatannya ‘keKASIH ‘07’. Program ini dirangka khusus bagi memberi peluang kepada setiap ahli jawatankuasa belajar adat dan budaya masyarakat lain sambil  menjalankan aktiviti yang boleh merapatkan ukhuwwah. Ini memandangkan Task Force Kecemerlangan telah banyak diberi kepercayaan menjalankan aktiviti menggilap bakat, meningkatkan ilmu dan akhlak generasi tua dan muda di Bahagian Miri hampir setiap minggu. Malah melalui program rehlah kembara ini, ahli-ahli Task Force kecemerlangan juga berpeluang mengadakan diskusi memuhasabah pencapaian dan membincangkan perancangan strategik jawatankuasa ini pada masa akan datang.

 

Nama ‘Kembara Menagih KASIH 2007’ atau singkatannya ‘keKASIH ‘07’ dipilih untuk program lawatan sambil belajar ini bagi memastikan hasrat setiap ahli Task Force Kecemerlangan yang inginkan kasih sayang dan persahabatan tercapai, sambil belajar melihat adat dan budaya masyarakat di Sabah serta memberikan khidmat motivasi kepada generasi seIslam di sana. Biarlah tagih itu dicernakan dengan kasih sayang, bukan dengan sesuatu maudu’ yang lain.

 

Berikut dikongsikan catatan ‘keKASIH ‘07′ yakni agenda kembara selama 6 hari 5 malam tersebut, mudah-mudahan ada khairnya:

 

18 Ogos 2007:

Bertolak dari Miri melalui negara Brunei – Limbang – masuk ke Brunei semula – Lawas dan kemudian merentas sempadan Sarawak – Sabah  untuk menuju ke Kota Kinabalu. Rombongan bertolak dari Miri dalam pukul 7.30 pagi dan alhamdulillah setelah singgah di beberapa tempat (serta mengecop passport 4 kali bagi warga Sarawak dan 6 kali bagi warga negeri lain), rombongan selamat tiba di Kota Kinabalu pada jam 6.30 petang. Setelah check-in di Marina Court Resort Condominium, ahli rombongan bergegas ke SMK Agama Kota Kinabalu untuk mengambil bahagian dalam satu program ibadah dan motivasi di sekolah berkenaan. Alhamdulillah, Saudara Muhtar Suhaili telah diamanahkan untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Menghayati Perasaan-perasaan Islam” yang kemudiannya diikuti dengan sesi “Wahai Umat Islam, Bangkitlah!” oleh Pakar Muhasabah Diri Task Force Kecemerlangan, Ustaz Roshaidin Othman. 

 

SMK Agama KK

Ceramah Oleh Sdr. Muhtar Suhaili @ SMK Agama Kota Kinabalu”

SMK Agama KK

Muhasabah Diri oleh Ustaz Roshaidin Othman @ SMK Agama Kota Kinabalu”

 

19 Ogos 2007:

Perjalanan ke Semporna dari Kota Kinabalu melalui jalan darat dengan menaiki coaster sebagai kenderaan kembara kali ini yang digunakan bermula dari Bandaraya Miri lagi. Perjalanan mengambil masa selama 13 jam dan alhamdulillah rombongan tiba di Semporna lebih kurang pukul 8.30 malam setelah melalui daerah Kundasang, Ranau, Telupid, Sandakan dan Lahad Datu, selain singgah makan tengahari serta singgah di sebuah surau untuk solat jama’ Zuhur dan ‘Asar di daerah Kinabatangan. Kota Kinabatangan cukup terkenal di Malaysia salah satunya disebabkan kelantangan wakil rakyatnya bersuara di Parlimen. Siapa yang tidak kenal Bung Mokhtar Radin?🙂

 

Alhamdulillah, setibanya kami di Semporna, ahli rombongan terus check-in di Dragon Inn – Floating Hotel iaitu sebuah hotel yang dibina di atas air. Setelah makan malam dan diteruskan dengan usrah ringkas bermodul ta’ruf, semua ahli rombongan syahid seketika untuk menghibur lelah, merehatkan jasad dan melapangkan minda. Allahumma Ya Allah, dengan namaMu kami hidup dan mati!

 

Dragon Inn Semporna

Penginapan di Dragon Inn – Floating Hotel, Semporna, Sabah”

Dragon Inn Semporna 

Gambar Kenangan di Dragon Inn – Floating Hotel, Semporna

Dragon Inn Semporna

Gambar Kenangan di Dragon Inn – Floating Hotel, Semporna

 

20 Ogos 2007:

Sepanjang hari ini ahli rombongan telah mengelilingi bandar Semporna serta menjejaki 2 buah pulau iaitu Pulau Mabul dan Pulau Bait dengan menaiki bot laju. Pada asalnya, rombongan bercadang untuk melawat Pulau Sipadan yang dikenali di seantero dunia, tetapi disebabkan masalah permit dan tempahan ke sana yang fully booked, hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan.

 

Sungguh banyak pemerhatian yang diperolehi dari lawatan ke 2 buah pulau ini terutamanya Pulau Mabul. Hipotesis yang paling penting ialah di pulau ini kita dapat perhatikan kehidupan antara 2 darjat. Satu darjat ialah kemewahan yang dihidangkan oleh 6 buah resort yang ada di sana yang menggamit kehadiran pelancong kaya raya datang untuk bercuti, scuba diving atau sekadar berjemur di pantai dengan hanya berbikini dan berseluar dalam! Satu darjat lagi ialah kehidupan miskin dan dhaif, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang penduduk di pulau tersebut. Inilah Sekolah Kehidupan!

 

Rahsia Kejayaan dan Kecemerlangan Terkandung Di Dalam Al-Qur’an

Perjalanan Ke Pulau Mabul Menggunakan Perkhidmatan Bot Laju”

Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul, Semporna, Sabah.. SubhanalLah, Maha Suci Allah!”

Pulau Mabul, Sabah

Keindahan Pulau Mabul.. Tarikan Percutian Pelancong (Scuba & Berjemur!)”

Masjid dan Madrasah Al-Islamiyyah Pulau Mabul

Bersama Imam Masjid Pulau Mabul/ Madrasah Al-Islamiyyah Pulau Mabul”

Memori Pulau Mabul

Kanak-kanak Harapan Pulau Mabul.. Bagaimana Masa Depannya?”

Memori Pulau Mabul

Kanak-kanak Harapan Pulau Mabul.. Moga Menjadi Mukmin Sejati!”

 

Alhamdulillah, pada sebelah malamnya pula, ahli jawatankuasa Task Force Kecemerlangan telah bermesyuarat untuk membincangkan perancangan strategik tiga (3) tahun yang telah dirangka termasuklah memuhasabah keberkesanan program, tanda aras pencapaian, menganalisa kekuatan dan kelemahan serta merancang strategi masa depan. Alhamdulillah, beberapa program untuk suku ke-4 tahun 2007 juga telah berjaya diputuskan. Doakan semoga segalanya khair. Amiin.

 

 

21 Ogos 2007:

Bertolak pulang ke Kota Kinabalu dari Semporna. Sepanjang perjalanan rombongan sempat singgah untuk makan tengahari di Ranau dan solat jama’ Zuhur dan ‘Asar di Masjid Ranau, singgah sebentar di Kundasang dan melawat Taman Negara Kinabalu serta berpeluang menjejakkan kaki di atas Jambatan Tamparuli yang terkenal kerana dendangan sebuah lagu tentangnya. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 9.30 malam rombongan tiba di Kota Kinabalu dan setelah menyelesaikan sedikit masalah dengan tempahan hotel akibat kecuaian pekerja hotel berkenaan, akhirnya kami berjaya check-in dalam satu apartment di Marina Court Resort Condominium.

 

Sabah Oil

Mengisi Minyak di Sabah Oil.. Apapun, Minyak di Brunei Jauh Lebih Murah!”

Masjid Ranau

Masjid Ranau.. Terasa Tenang Beribadah Di Dalamnya.. Apa Rahsianya?”

Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli: Jambatan Kayu Tergantung, Terkenal Kerana Lagu”

Kinabalu Park Complex

Kompleks Taman Negara Kinabalu.. Memori dan Kenangan Mengusik Jiwa”

Marina Court Resort Condominium

Pemandangan Water Front Kota Kinabalu dari Bilik Marina Condominium”

 

22 Ogos 2007:

Berjalan-jalan sambil membeli-belah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Lawas untuk program selanjutnya di sana. Kebanyakan ahli rombongan pergi ke Pasar Kraftangan Kota Kinabalu untuk membeli cenderamata kenang-kenangan sebagai ole-ole buat ahli keluarga dan sahabat handai. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau pun lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk dan pelancong adalah merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.

 

Terdapat beraneka jenis kraftangan dijual di sini. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan juga ukiran kayu, terdapat juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain. Sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara boleh ditemui di pasar ini. Alhamdulillah, semua ahli rombongan berasa puas shopping sambil tawar-menawar dengan pelbagai karenah. Ahli rombongan juga sempat membeli 2 buah gendang yang insya Allah bakal digunakan untuk membentuk kumpulan nasyid Task Force Kecemerlangan.🙂 Atas segalanya, benarlah bahawa “sembilan persepuluh sumber rezeki adalah datang dari perniagaan.”

 

Marina Court Resort Condominium

Marina Court Resort Condominium.. Penginapan di Kota Kinabalu”

Pasar Filipina

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau Pasar Filipina”

Tawar-Menawar

Tawar-Menawar di Pasar Filipina.. Negotiation Skills Diperlukan”

Tukang Jahit Jalanan

Sembilan Persepuluh Sumber Rezeki Adalah Datang Dari Perniagaan”

Laut China Selatan

Water Front Kota Kinabalu Berlatarbelakangkan Laut China Selatan”

 

Setelah selesai segala urusan, ahli rombongan check-out dari Marina Court Resort Condominium dan terus bertolak ke Lawas dan sempat singgah di Beaufort untuk makan tengahari serta sekaligus solat jama’ Zuhur dan ‘Asar di Masjid Beaufort dan seterusnya singgah sebentar di Sipitang untuk memberi ruang kepada pemandu berehat seketika. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5.00 petang rombongan selamat tiba di Lawas dan terus check-in di Hotel Perdana.

 

Masjid Beaufort

Masjid Beaufort.. Alhamdulillah Masjid Ada Di Mana-Mana – Besar dan Sunyi!”

United Sabah Islamic Association

United Sabah Islamic Association (USIA).. Semoga Maju Jaya!”

Esplanade Sipitang

Cadangan Pembinaan Esplanade di Pesisir Pantai Pekan Sipitang”

Sipitang, Sabah

Ceramah Informal Buat Adik-adik UPSR Yang Ditemui di Sipitang, Sabah”

Hotel Perdana Lawas

Hotel Perdana.. Penginapan Selama Semalam Di Lawas, Sarawak”

 

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7.15 malam ahli rombongan menerima pelawaan untuk makan malam di Leeya Cafe yang ditaja khas oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas dan SK Agama (MIS) Lawas. Setelah selesai makan malam, rombongan terus bertolak ke SK Agama (MIS) Lawas untuk melaksanakan sesi Muhasabah Diri buat murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada 3-5 September ini. Sesi pertama ini telah disampaikan oleh Ustaz Roshaidin Othman sementara ahli-ahli Task Force Kecemerlangan yang lain menjadi fasilitator secara tidak langsung.

 

Sesungguhnya Task Force Kecemerlangan amat terharu dengan sambutan mesra dan layanan amat baik pihak di Lawas kepada kami khususnya Ustaz Shah Rizan yang merupakan koordinator kepada program ‘Jom Cemerlang’ di sana. Terima kasih juga kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Lawas, Encik Matzinan dan Guru Besar SK Agama (MIS) Lawas, Tuan Haji Omar Matusin di atas kebaikan dan budi luhur kalian. Selain itu, semangat turun padang guru-guru yang sanggup mengorbankan cuti sekolah semata-mata demi melihat anak didik mereka cemerlang juga pastinya wajar diberikan pujian. Sungguh, guru adalah insan mulia! Semoga kita semua terus diberi kekuatan ber’amal liridhalLah.

 

Dinner di Lawas

Makan Malam Tajaan Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas”

Ustaz Shah Rizan

Ustaz Shah Rizan, Koordinator ‘Jom Cemerlang’ di SK Agama (MIS) Lawas”

Cenderamata SK Agama MIS Lawas

Cenderamata SK Agama (MIS) Lawas Dari Haji Omar Kepada Ustaz Fauzi”

Muhasabah Diri

Ustaz Roshaidin Bersemangat Menyampaikan Ceramah Muhasabah Diri”

Air Mata Keinsafan

Do’a Dan Air Mata Keinsafan Putera-Puteri SK Agama (MIS) Lawas”

Bakal Mujahid Ummah

Bakal Mujahid Ummah Cemerlang, Putera-Putera SK Agama (MIS) Lawas”

Bakal Mujahidah Ummah

Bakal Mujahidah Ummah Cemerlang, Puteri-Puteri SK Agama (MIS) Lawas”

Azam dan Janji

Azam Dan Janji Putera-Puteri Cemerlang Buat Ibubapa, Guru dan Rakan”

 

 

23 Ogos 2007:

Hari terakhir program ‘keKASIH ’07’. Selepas bersarapan bersama-sama, kesemua ahli Task Force Kecemerlangan kecuali Saudara Muhtar bertolak pulang ke Miri dengan menaiki coaster melalui jalan darat merentasi daerah Limbang dan negara Brunei Darussalam. Sementara Saudara Muhtar Suhaili pula pulang ke Miri dengan penerbangan Twin Otter kerana perlu untuk meneruskan agenda ‘Jom Cemerlang’ dengan menyampaikan 2 slot Ceramah Motivasi: “Hidup Lebih Hidup Dengan Kejayaan” di SK Agama (MIS) Lawas selama 4 jam. Alhamdulillah, dari wajah putera-puteri ini, sama-sama kita doakan semoga mereka akan mencapai keputusan hebat dalam UPSR 2007 dan seterusnya menjadi insan cemerlang di dalam Sekolah Kehidupan. Sesungguhnya, masa depan umat Islam di tangan mereka!

 

Penutup Bicara:

Demikianlah berakhirnya sebuah Rehlah Iman penuh makna ‘Kembara Menagih Kasih 2007’ dengan Misi Dakwah dan Ukhuwwah. Semoga menjadi ‘amal bermanfaat yang diterima olehNya. Semoga juga beroleh ampunan Allah Yang Maha Pengampun di atas segala kekhilafan sepanjang program ini.

 

Rahsia Kejayaan dan Kecemerlangan Terkandung Di Dalam Al-Qur’an

Rahsia Kejayaan dan Kecemerlangan Terkandung Di Dalam Al-Qur’an”

 

Semoga kita semua terus diberi taufiq dan hidayah untuk memaknakan kehidupan kita dan memberi manfaat kepada insan lain. Aslih nafsak, wad’u ghairak! Sesungguhnya kecemerlangan Akhirat adalah melalui prestasi hidup di dunia.. ‘Isy ‘azizan aumut syahidan!

 

Wallahu a’la wa a’lam.

Komen-komen»

1. fadzli assobahi - Mac 2, 2008

alhamdulillah.. boleh x buat program dengan mahasiswa islam borneo.. ramai juga mahasiswa mengaji di UIA, USIM, KUIS, DARUL QURAN tetapi kami x tahu apa yang kami boleh sumbangkan.. bajet pun susah dapat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: