jump to navigation

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak 2008 Ogos 1, 2008

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback

Perasmian Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

“Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak 2008”

الحمدلله  رب  العالمين،  والصلاة  والسلام  على  اشرف  الأنبياء والمرسلين وعلى  اله  وصحبه  اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Bertitik-tolak dari Hadith Rasulullah SAW: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinannya”, Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri telah menganjurkan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak pada 28-31 Julai 2008. Seramai lebih 100 orang pelajar Islam Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah di Bahagian Miri (Daerah Miri-Bakong, Subis dan Baram), Bintulu, Limbang dan Lawas yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin sekolah telah mengikuti program selama 4 hari 3 malam bertempat di Kampung Sukan Petronas Miri ini. Pelajar-pelajar terpilih dan terbaik sepanjang program ini akan mengikuti Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Kebangsaan.

 

Alhamdulillah, sepanjang program berlangsung banyak pengisian telah dilaksanakan merangkumi ceramah-ceramah motivasi, kemahiran dan pengurusan, aktiviti berbentuk fizikal yakni riadhah, latihan dinamika kumpulan, slot etika sosial, slot muhasabah, sesi hati ke hati, qiammullail, operasi khidmat pemimpin di mana para peserta turun ke sekolah-sekolah rendah untuk mengaplikasikan teori yang dipelajari dan beberapa modul lain. Alhamdulillah, hasil daripada feedback yang diterima, program kali ini telah menaikkan motivasi, memberi manfaat, banyak membantu, mengobarkan semangat dan menimbulkan kesedaran kepada pelajar.

 

Jadual Pelaksanaan Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam 2008
 

Jadual Program Nadwah

  

 Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak

 

“Foto-foto Kenangan Nadwah Kepimpinan Pelajar 2008”

 

Insya Allah, riang tawa, air mata, suka duka dan pelbagai rasa-rasa yang dikongsi bersama antara urusetia, fasilitator dan peserta akan menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan. Mudah-mudahan ianya akan membawa khair dunia dan Akhirat.

 

Kerjasama berterusan daripada semua pihak amatlah diharapkan demi kesinambungan kecemerlangan budaya ilmu di kalangan warga pelajar dan warga pendidik, bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita murni kita dalam usaha membangunkan negara melalui prinsip Islam yang sejati dan syumul. Jazakumullahu khairan kathira.

 

“Kalau Bukan Kita, Siapa?, Kalau Bukan Sekarang, Bila?”.  

 

Disediakan oleh;

Ustaz Awangku Zulkarnain dan Cikgu Shahril

Pengurus dan Penolong Pengurus Program,

Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam Peringkat Negeri Sarawak,

Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan,

Unit Pendidikan Islam Dan Moral,

Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: