jump to navigation

Forum Remaja: “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” Ogos 17, 2008

Posted by taskforcemiri in Jom Cemerlang, Program dan Aktiviti.
trackback

Forum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 di ILP Miri”

AlhamdulillahForum Remaja Sempena Karnival ‘Amal Merdeka 2008 yang menggandingkan Ustaz Akhwan Afandi Zulkifli (Moderator Adnin Management & Training Centre), Saudara Muhtar Suhaili (Jurutera Sarawak Shell Berhad) dan Ustaz Ramadhan Fitri Ellias (Perunding Syariah RHB Bank) sebagai ahli panel selain Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif sebagai moderator telah berjaya dilangsungkan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri pada 17 Ogos 2008. Semoga tujuan program yang digariskan oleh pihak penganjur iaitu ke arah pembinaan budaya cintakan Allah, kasihkan Rasulullah dan sayang sesama manusia dalam kalangan remaja sebagai generasi harapan masa hadapan dapat dipersada. Semoga segala krisis identiti, budaya negatif dan virus benci juga akan dibakulsampahkan. 

 

Sesungguhnya generasi muda di negara ini merupakan kelompok terbesar  yang mengisi ruang populasi dari jumlah keseluruhan kependudukan negara. Menurut statistik, dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada seramai 24 juta rakyat Malaysia adalah mereka yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun. Kadar ini menunjukkan betapa generasi muda merupakan kelompok masyarakat yang memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam menentukan jatuh bangunnya negara. Ini sekaligus membayangkan bahawa apa juga yang mereka lakukan atau berlaku ke atas mereka pastinya akan memberi implikasi kepada kemandirian negara.

 

Justeru, forum bertajuk “Di Mana Kasih, Di Mana Sayang?” dengan tema “Kecemerlanganmu Dihargai, Hidupmu Diberkati” ini diharapkan telah memberi input-input bermakna kepada remaja yang hadir agar terus berilmu dan memanfaatkan ilmu tersebut demi untuk pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan ummah. Mudah-mudahan.

 

Urusetia Bersama-sama Remaja-remaja Cemerlang di Forum Remaja”

 

[Kata-kata Hikmat: Prof. Dr. Hamka pernah menyatakan, “Kerapkali orang tua menyesali pemuda dan menuduhnya bekerja terburu-buru dan kurang fikir. Kerapkali orang muda menuduh orang tua lembap, lembap bertindak dan terlalu banyak berfikir. Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan yang muda-muda. Dan dunia akan membosankan kerana lembap geraknya kalau pemimpin hanya yang tua-tua. Gabungan di antara gelora semangat yang muda dengan renung-fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup”. Fikir-renungkanlah…]  

 

Wallahu a’lam bissawab.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: