jump to navigation

Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009 Ogos 16, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
trackback
Ceramah Motivasi Perdana oleh Ustaz Akhwan Afandi

Ceramah Motivasi Perdana oleh Ustaz Akhwan Afandi

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, pada 16 Ogos 2009, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri berjaya melaksanakan program tahunannya iaitu Solat Hajat Perdana Menjelang Peperiksaan bertempat di Masjid At-Taqwa, Bandaraya Miri. Istimewanya, kehadiran penceramah motivasi Ustaz Akhwan Afandi telah menjadikan program kali ini lebih bermakna dan sekitar 1,500 pelajar di bahagian Miri telah menghadiri Solat Hajat Perdana ini selain kehadiran ibubapa dan penjaga.

 

Saidina Umar Al-Khattab RA pernah berkata, “Langit tidak pernah menurunkan hujan emas atau perak.” Kata-kata ini cukup memberikan pengertian tentang erti tawakkal dan menyerahkan diri kepada Allah. Mengharapkan sesuatu daripada Allah, tidak cukup hanya dengan doa, tetapi juga disertai dengan usaha dan ikhtiar. Sesudah bekerja dan berusaha, barulah kita menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita melakukan mana yang biasa dan dalam batas kemampuan kita selaku manusia yang lemah, sedang yang di luar itu, kita serahkan urusannya kepada Allah.

 

Menyedari hakikat inilah, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Unit Pendidikan Islam Dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri telah mengadakan program Solat Hajat Perdana khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah yang akan menempuh peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2009.

 

Antara misi dan objektif program ini termasuklah: 

  1. Memberi peluang kepada semua pihak untuk sama-sama menyatukan tekad, berdoa memohon kepada Allah SWT agar kecemerlangan itu menjadi satu realiti.
  2. Membina tautan ukhuwwah yang berkesan dalam hubungan sesama umat Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan agar dengan hubungan itu dapat menjana satu kekuatan dari segala aspek.
  3. Merealitikan konsep Usaha Doa dan Tawakkal.

Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009

Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009

Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009

“Foto-foto Kenangan Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009”

Alhamdulillah. Semoga usaha ini mencapai objektif yang digariskan dan terus mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini pada masa-masa akan datang. Semoga dengan program yang dianjurkan oleh Task Force ini memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat. Amiin.

 

“Kalau Bukan Kita, Siapa?, Kalau Bukan Sekarang, Bila?”.

 

Disediakan oleh;

Ustaz Mohd Fakhrurrazi Yassin

Pengurus Program,

Solat Hajat dan Motivasi Perdana 2009,

Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan,

Unit Pendidikan Islam Dan Moral,

Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.

Komen-komen»

1. Ahmad Fauzi - Ogos 20, 2009

Salam,

Terima Kasih kepada semua sahabat yang terlibat dalam menjayakan program ini, insya Allah program menyusul ialah Program Malam Semarak Wahyu pada 5-6 September 2009 di Masjid Taqwa.

Us Ahmad Fauzi Bin Yaakob
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri

2. Afandi Yusoff - Ogos 21, 2009

Salam.. Tahniah pd semua JK yg bertungkus lumus menjayakan program tersebut… Harapan agar kerjasama erat dan ukhuwwah antara barisan penggerak Task Force tetap utuh seperti sedia kala… Amiin…

Afandi Yusoff
FPI, UKM
Bangi

3. Tim Mubaligh.com - September 9, 2009

Assalamualaikum Wr. Wb.

Terima Kasih, kami bangga dapat mengunjungi situs Anda dengan artikel-artikel yang berkualitas dan sungguh bermaslahat bagi Ummat, Insya Allah! Kami dari Tim Mubaligh.com mohon dukungan Untuk KONTES SEO STOP DREAMING START ACTION dengan misi untuk memberi masukan yang membangun bahwa konsep Dreaming masih begitu penting dalam Islam selain konsep Action yang demikian penting.. Terima Kasih.

a.n. Pengelola,
Drs. Dewan, S.H.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: