jump to navigation

Laporan Ihya’ Kemuncak Ramadhan 1430H September 12, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
add a comment
Saudara Khairul Nizam Yob menyampaikan Sumbangan AMAL sambil disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi, Puan Salbiah Hj Saufi (Pengetua SK South) dan YDP PIBG SK South

Saudara Khairul Nizam Yob menyampaikan Sumbangan AMAL sambil disaksikan oleh Ustaz Ahmad Fauzi, Puan Salbiah Hj Saufi (Pengetua SK South) dan YDP PIBG SK South

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

LAPORAN IHYA’ KEMUNCAK RAMADHAN 1430H (IKRAM ’09)
SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH, MIRI, SARAWAK

 

Pendahuluan

 

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima, bulan Lailatul Qadar yang istimewa. Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa, tetapi juga dengan membaca al-Quran.

 

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK South dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK South dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (TASK FORCE) Pengurusan Kecemerlangan, UPI PPD Miri & Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ihya’ Kemuncak Ramadhan pada 12 September bersamaan 22 Ramadhan 1430H. Majlis bermula pada 4.30 petang dengan kehadiran guru-guru Islam, ibu bapa dan murid-murid seramai lebih kurang 150 orang.

 

Perjalanan Program

 

Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan selaku perasmi program iaitu Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob pada jam 5 petang bersama rombongan TASK FORCE dan Yayasan AMAL seramai 15 orang. Mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid cilik Tahun 3 hingga 6 dan dibawa ke Dewan South Jaya.

 

(selanjutnya…)

Advertisements

Laporan Program Semarak Wahyu 1430H September 6, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti, Tazkirah.
add a comment
Sumbangan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri kepada Kompleks Kebajikan Hamidah

Sumbangan Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri kepada Kompleks Kebajikan Hamidah

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

 

Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah. Program Semarak Wahyu dan Ceramah Perdana bersama Ustaz Wan Shohor Bani Leman sempena Sambutan Nuzul Al-Qur’an peringkat Bahagian Miri berjaya dianjurkan dengan jayanya pada 5-6 September 2009 bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung Baitulmal Sarawak dan Masjid At-Taqwa Miri.

 

Sempena dengan program ini juga, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan Miri telah menyumbangkan sebanyak RM9,151.45 kepada Kompleks Kebajikan Hamidah, Lembaga Kebajikan Yayasan Anak Yatim Sarawak. Selain itu, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak turut menyerahkan sumbangan Hari Raya sebanyak RM2,000 kepada Tabung Baitulmal Sarawak untuk diagihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di sekitar Miri. Puan Hajjah Juliyanah Abdul Hamid, Pengurus Besar Kompleks Kebajikan Hamidah hadir menerima replika cek dari Encik Awang Ibrahim, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Miri dengan diiringi oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob, Pengerusi Task Force Kecemerlangan Miri. Manakala Puan Marini Juraibi, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sarawak Miri telah hadir menerima sumbangan dari AMAL Sarawak yang diserahkan oleh Pengerusinya Saudara Muhtar Hj Suhaili. 

 

Sementara itu, Ustaz Wan Shohor Bani Leman di dalam ceramahnya yang bertajuk “Al-Qur’an Memerdekakan Manusia” telah mengajak hadirin yang dianggarkan mencecah lebih 500 orang untuk kembali ber’amal dengan hukum Al-Qur’an dan As-Sunnah. Menurut beliau, sekiranya umat Islam mengamalkan kehidupan menurut tuntutan Islam yang sempurna, maka mereka mampu membina tamadun yang tinggi sepertimana yang pernah dicapai oleh generasi unggul Islam pada masa yang silam. Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mudah-mudahan dengan ini mereka akan mencapai merdeka yang hakiki. Seterusnya, Ustaz Wan Shohor menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan keseluruhan secara bersepadu ajaran Nabi Muhammad SAW yang syumul (lengkap merangkumi semua aspek kehidupan) kerana baginda merupakan contoh teladan terbaik sepanjang zaman. Dengan mengikuti ajaran Rasul, maka semua manusia akan selamat dalam kehidupan di dunia dan Akhirat. (selanjutnya…)

Program Semarak Wahyu 1430H September 1, 2009

Posted by taskforcemiri in Program dan Aktiviti.
1 comment so far
Program Semarak Wahyu @ Masjid At-Taqwa
<strong>Program Semarak Wahyu Sempena Ihya' Ramadhan 1430H</strong>

Program Semarak Wahyu Sempena Ihya' Ramadhan 1430H