jump to navigation

Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan Julai 27, 2007

Posted by taskforcemiri in Kertas Kerja.
1 comment so far

Bandaraya Miri

“Bandaraya Peranginan Miri.. Bumi Kelahiran di mana Hidup, Jasa, Perjuangan dan Survival Dipertaruhkan!”

LATIHAN DAKWAH DI SARAWAK: SOROTAN DAN MASA DEPAN

Oleh Dr. Azhar Ahmad (Penolong Pengarah, Jabatan Pelajaran Sarawak)

 

Konsep dan Tujuan Dakwah

 

Konotasi dakwah bersumber dari kalimah da’a yang bermaksud menyeru kepada sesuatu perkara. Dari segi istilah, dakwah merujuk kepada usaha menyeru manusia kepada agama Allah (Abdul Karim Zaidan, 1976). Seruan kepada agama Allah bukan sekadar seruan kepada suatu gagasan pemikiran atau ideologi, tetapi juga seruan kepada penghayatan ajaran Islam sebagai ad-din atau cara kehidupan secara total. Oleh itu, usaha dakwah merupakan usaha merubah manusia dan seluruh kehidupannya sama ada dari segi pemikiran, perasaan, tingkahlaku dan tujuan kehidupan agar akur (comply) kepada tujuan dan kehendak yang ditentukan oleh Islam.

 

Sasaran dan Faktor Pencapaian Matlamat Dakwah

 

Sasaran dakwah ialah manusia keseluruhannya (Saba’ 34: 48) (“Tidak Kami utuskan engkau [wahai Muhammad] melainkan kepada sekalian manusia bagi menyampaikan berita gembira dan memberi peringatan”). Sasaran dakwah tidak terhad kepada manusia yang sudah Muslim (menyerah diri), tetapi juga kepada manusia yang belum menerima cahaya hidayah.

 

Pencapaian matlamat dakwah (membolehkan manusia menerima dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan) perlu mengambilkira faktor-faktor kemanusiaan dan kehidupannya seperti faktor fizikal (fisiologi, keperluan hidup), mental (tahap dan pengalaman pembelajaran), perasaan dan ruh (psikologi). Oleh yang demikian, pelaksanaan dakwah bukan sekadar menyampaikan ilmu atau ajaran Islam kepada manusia yang diseru, tetapi komponen dakwah yang lebih besar adalah membawa manusia bersama menghayati ajaran Islam melalui proses merancang, mengajak, membimbing, memimpin, melaksana dan menyelesaikan masalah kehidupan secara bersama. Inilah yang telah dicontohi oleh Rasulullah SAW dan para salaf al-soleh. Mereka bukan sahaja menyeru kepada Islam tetapi mengajar, membimbing dan hidup bersama dengan masyarakat yang mereka seru di mana sahaja mereka berada.

 

Perkembangan Dakwah di Sarawak

 

Perkembangan dakwah sebahagiannya boleh diukur dari dua dimensi utama iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Dimensi kuantitatif dikenalpasti melalui bilangan dan peratus jumlah mereka yang menganut agama Islam pada satu-satu masa. Manakala dimensi kualitatif pula pada kebiasaannya boleh dilihat melalui kualiti kehidupan beragama (religiousity) yang ada pada individu atau umat Islam secara keseluruhannya. (selanjutnya…)

Advertisements